Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Aktiviti bergambar Disember 2017








31 Disember 2017
Bersama dalam sambutan di Ambang tahun baru komuniti Kampung Malaysia Tambahan. Program tahunan yang diadakan di Pusat Komuniti Kampung tersebut anjuran Persatuan Penduduk Kg Malaysia Tambahan








30 Disember 2017

Program Terakhir bersama MPP9 adalah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tahun 2017 iaitu PROGRAM ENGAGEMENT BERSAMA RAKAN STRATEGIK & PROGRAM BACK TO SCHOOL yang berlangsung di Dataran Kamara Kg.Malaysia Raya Sg.Besi dan dirasmikan Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tuan Haji Mohd Taib bin Haji Ubah...








22 Disember 2017
Merasmikan program kesihatan Dalam komuniti di Kampung Malaysia Tambahan pagi tadi. Ceramah khas oleh Dr Afi Yaakob mengenai penyakit kencing manis. Syabas Kepada kelab warga emas panel penasihat Klinik Kesihatan Sungai Besi kerana berjaya menganjurkan sesi ke-5 bagi tahun 2017.







21 Disember 2017

Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 9, Bandar Tun Razak mengadakan Mesyuarat terakhir 6/6 bagi sessi 2015-2016. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang pernah berurusan dengan kami sepanjang sessi yang lalu. Terima kasih juga kepada semua AJK yang sememangnnya komited. Beberapa kawasan Penempatan dalam MPP9 sebelum ini difahamkan akan terlibat dengan pengsempadanan baru kawasan Pilihanraya. jesteru itu akan terkeluar dari kawasan yang baru nanti.










16 Disember 2017

Merasmikan program kesihatan dan ceramah khas pencegahan penyakit Tibi di Dewan Kampung Malaysia Raya pagi tadi.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sehingga berjayanya program yang dilaksanakan..


No comments:

Post a Comment