Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Mazilah bt. Atan

Lahir pada 1 Julai 1972, anak keenam dari tujuh adik beradik dan telah dibesarkan 42 tahun yang lalu di Kg. Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka. Berkahwin pada 1994, hasil perkongsian hidup selama 20 tahun dengan Amran Bin Sharip dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata terdiri dari 2 orang puteri dan 2 orang putera. Telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996.

Pernah bekerja sebagai kerani gaji di sebuah kilang Perabot di Alor Gajah, Melaka pada 1990 sehingga 1994, pada 1996 – 2004 bekerja sebagai kerani gaji di salah sebuah  Pasar Raya di Kuala Lumpur. Pada 2005 – 2012 bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta (Bahagian Pekerja Asing) dan telah di naikkan pangkat sebagai Eksekutif Pentadbiran pada pertengahan 2008.


Pada 10 Oktober 2012 telah dilantik sebagai setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai (KRTPP) sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment