Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Tuesday 24 May 2016













AYUH...JOM SAMA-SAMA KITA TURUN KE PROGRAM INI
SEMPENA PROGRAM 1 MALAYSIA NEGARA KU




Pihak MPP9 mengalu-ngalukan jika ada daripada para peniaga yang mempunyai premis sah untuk berdaftar sebagai salah satu Outlet yang boleh digunakan oleh pengguna Kad Ceria yang sekarang ini sedang diedarkan kod Warga KL

Kepada peniaga yang ingin menawarkan potongan Diskaun menerusi sistem pengenalan Kad Ceria ini ...Bolehlah menghubungi Setiausaha MPP Sub Zon 9,
Sdr Khairul Salleh di 0133909003

Penggunaan kad yang mempunyai data keahlian yang banyak ini boleh membantu perniagaan anda




Retreat Bersama semua Pengerusi 10 Sub Zon bagi Bandar Tun Razak
di Langkawi pada 12-14 Mei 2017


Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 9. Bandar Tun Razak dengan rasminya memulakan tanggung jawabnya bagi sessi 2016-2017, apabila semua ahlinya menerima pelantikan bagi sessi yang baru ini. Sebarang isu berkaitan komuniti kini bolehlah dirujuk kpd kami utk dibantu jika dalam kemampuan kami utk melakukannya. Utk di peringkat Zon , tuan puan boleh merujuk htpp://www.mpp9btr.blogspot.com
12 Mei 2016 Jam 9Malam





Bergambar bersama seluruh perwakilan MPP Zon BTR yang menghantar 2 orang wakil bagi setiap Sub Zon ke Retreat Khas Penilaian SKT anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Morib dari 15 hingga 16 Okt 2016




Sunday 6 December 2015

KAWASAN PENEMPATAN KOMUNITI
MPP SUB ZON 9
(17 KOMUNITI/SEKTOR)


One Petaling Kondo


Anyaman New Kondo



Rumah Anak Yatim ASDAT


Perumahan Swasta Castlefield

Perumahan Jalan Badang Castlefirld
(Flet & 2 Tingkat berkembar Swasta)

Quaters JKR (Bangunan Lama)


 Kg Malaysia Raya


Kg Malaysia Tambahan



Tanah Kosong Milik Perusahan Sdn Bhd


Tanah Bekas Setinggan Kg Muhibah


Pangsapuri Permai (Swasta)
4 Blok

PPR Raya Permai 
(4 Blok)


TBS (Maju Holding Group)
Terminal Bersepadu


Trinity Aquata Development
Kondo dalam Pembinaan


Stesyen Minyak PETRON


Petaling Indah Kondo
(Swasta) 3 Blok



Pangsapuri Sri Malaysia (Swasta)
3 Blok





Monday 21 April 2014

Majlis Perwakilan Penduduk Lestarikan Warga Tempatan


PUTRAJAYA – Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut mengumumkan pelantikan ahli-ahli MPPWP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 19 April 2014, Tengku Adnan menerangkan bahawa MPPWP mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik dan terancang dengan harapan komuniti diberi pengupayaan (empowerment) untuk memimpin dan mentadbir kelompok komuniti sendiri.
“Ini kerana komuniti setempat adalah lebih memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh pendududk di kawasan terbabit manakala Kementerian akan berperanan menyelaras serta menjadi pemudahcara kepada pengurusan MPP.”
Jelasnya, MPPWP dimanifestasikan hasil transformasi yang berlaku bersesuaian dengan fungsi Kementerian yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang sebelumnya dikenali dengan MPKB.
Penubuhan MPPWP ini secara khususnya mempunyai objektif tertentu untuk dicapai yang antara objektif utamanya ialah memastikan semua aktiviti modal insan dan kemasyarakatan sampai ke peringkat akar umbi, memastikan isu-isu perbandaran dapat disalurkan kepada kerajaan untuk ditangani dengan cepat dan untuk menggalakkan penyertaan awam dan penduduk setempat dalam pembangunan Wilayah Persekutuan.
“MPPWP merupakan antara agenda penting Kerajaan untuk menyatu padukan penduduk supaya bersatu dan saling bekerjasama menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Seterusnya masyarakat akan lebih memahami hasrat dan kehendak Kerajaan dalam pembangunan negara dan secara tidak langsung, masyarakat akan menyokong agenda yang dibawa oleh Kerajaan terutama di Wilayah Persekutuan.”
Sebagai makluman bersama, keseluruhan MPPWP adalah terdiri daripada 68 Sub Zon iaitu dengan pecahan 11 Sub Zon di WP Putrajaya dan 57 Sub Zon di WP KL. Daripada semua sub zon tersebut 165 orang adalah mewakili MPPWP Putrajaya dan 855 orang mewakili MPPWP KL. Jumlah keseluruhan ahli MPPWP adalah seramai 1020 orang.
Pelancaran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP)

Ikuti FB YB Menteri Wilayah Persekutuan


YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melancarkan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dan Pelantikan Ahli-Ahli MPPWP Kuala Lumpur dan Putrajaya di PICC kelmarin (20 April 2014)

Untuk makluman, selepas pilihanraya umum ke-13, MPKB telah diberi nama baru iaitu Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan iaitu bersesuaian dengan fungsi Kementerian yang baru. MPPWP ini mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik dan terancang dengan harapan komuniti diberi pengupayaan (empowerment) untuk memimpin dan mentadbir kelompok komuniti sendiri. Ini kerana komuniti setempat adalah lebih memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh komuniti berkenaan. Manakala Kementerian akan berperanan menyelaras serta menjadi pemudahcara kepada pengurusan MPP.

Penubuhan MPPWP ini secara khususnya mempunyai objektif tertentu untuk dicapai. Antara objektif utama penubuhan MPPWP adalah bagi memastikan semua aktiviti modal insan dan kemasyarakatan sampai ke peringkat akar umbi, memastikan isu-isu perbandaran dapat disalurkan kepada kerajaan untuk ditangani dengan cepat dan untuk menggalakkan penyertaan awam dan penduduk setempat dalam pembangunan Wilayah Persekutuan.

MPPWP merupakan antara agenda penting Kerajaan untuk menyatu padukan penduduk supaya bersatu dan saling bekerjasama menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Seterusnya masyarakat akan lebih memahami hasrat dan kehendak Kerajaan dalam pembangunan negara dan secara tidak langsung, masyarakat akan menyokong agenda yang dibawa oleh Kerajaan terutama di Wilayah Persekutuan.

Sebagai makluman bersama, keseluruhan MPPWP adalah terdiri daripada 68 Sub Zon iaitu dengan pecahan 11 Sub Zon di WP Putrajaya dan 57 Sub Zon di WP KL. Daripada semua sub zon tersebut 165 orang adalah mewakili MPPWP Putrajaya dan 855 orang mewakili MPPWP KL. Jumlah keseluruhan ahli MPPWP adalah seramai 1020 orang.