Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Aktiviti bergambar Ogos 2017






31 Ogos 2017
Sambutan World Quran Day

Tahniah kepada Komuniti Kampung Malaysia Tambahan Kerana telah berjaya menganjurkan World Quran hours sempena kemerdekaan yang diadakan semalam
Seiringan dengan sambutan Rari Raya korban tahun ini program ini dilihat sebagai significant dengan perayaan yang disambut.. MPP9 turut sama menyokong usaha baik ini.





24 Ogos 2017
Menghadiri Sessi Taklimat Khas Bancian Negara


Menghadiri seminar khas kepada seluruh kepimpinan komuniti mengenai proses bancian negara yang bakal dilaksanakan anjuran Jabatan perangkaan Negara. Pelaksanaannya amat bergantung kepada kerjasama semua peringkat dalam komuniti bagi memastikan kelancaran pelaksanaan bancian tersebut.




24 Ogos 2017
Mesyuarat Siri 4/2017 MPP9

Seperti biasa Mesyuarat berjalan lancar dan berbagai Isu serta perkara dibincangkan oleh semua Ahli MPP9 yang hadir. Mempengerusikan Mesyuarat Siri 4/2017 Majlis Perwakilan Penduduk sub zon 9, Parlimen Bandar Tun Razak. Berbagai isu dan Perancangan aktiviti terus dibincangkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diperolehi






23 Ogos 2017
Sessi perkongsian maklumat pembinaan Lebuhraya SUKE


Petang tadi mendapat taklimat ringkas mengenai perkembangan pembinaan lebuh raya SUKE yang sedang dalam pembinaan dalam kawasan majlis Perwakilan penduduk sub zon 9 Bandar Tun Razak.

Kontraktor telah memberikan penjelasan yang rapi mengenai proses pemindahan berniaga dan juga kedudukan umah Anak Yatim ASDAT bagi membolehkan pembinaan tersebut dijalankan. Terima kasih Sdr. Eizam Rahman kerana turut sama dalam perbincangan yang dilakukan






22 Ogos 2017
Menghadiri Seminar Pemikiran Ummah

Menjadi peserta mewakili Majlis Perwakilan Penduduk di Simposium Pemikiran Ummah 2017 di ILDBKL Bandar Tun Razak pagi ini. Perbicaraan isu Ajaran Sesat dan Penyelewengan Pemikiran di Malaysia..

No comments:

Post a Comment