Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Aktiviti bergambar Jun 2017






23 Jun 2017
Tazkirah Ramadhan

dijemput untuk mengisi slot Tazkirah Ramadan, Malam terakhir di surau Kg M'sia Raya. Malam Terakhir umat Islam di Malaysia bertarawih. Semoga berkesempatan diketemukan dalam Ramadan yang akan datang. 






19 Jun 2017

Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 9 telah memantau kerja-kerja mereka setelah dimaklumkan oleh penduduk setempat. Untuk makluman mereka telah pun memulakan kerja-kerja
memasukkan saluran paip untuk memuatkan Kabel Elektrik 11Kv yang menyambungkan Pencawang Elektrik dari Kg Malaysia Raya ke Pencawang Elektrik Kg Malaysia Tambahan untuk tujuan menaiktaraf kapisiti elektrik di kawasan kita.









18 Jun 2017

Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 9 turut sama menyumbang kearah kejayaan Majlis Pemberian Sumbangan kepada penerima di Pangsapuri Seri Malaysia. Telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Saharudin Zainal Abidin mewakili YBhg Datuk Rizalman Mokhtar. Terima kasih kepada penganjur Surau Al Ansor, Yayasan Bakti Bandar Tun Razak yang telah menghulurkan sumbangan dan semua yang terlibat untuk menjayakannya.









18 Mei 2017

MPP9 turut sama menyumbang kearah Program Berbuka Puasa dan Pengedaran Bubur Lambuk secara percuma di Kg Malaysia Tambahan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Penduduk Kg Malaysia Tambahan. sebanyak 400 bungkus berjaya diedarkan kepada orang ramai









18 Jun 2017  

Bersama dalam majlis iftar Ramadhan anjuran bersama MPP9 dan Pemadam Parlimen Bandar Tun Razak di Surau Al Muttaqin Pangsapuri Permai ..Majlis juga turut menyumbang kepada semua Pelajar Tahfiz yang belajar diMadrasah bersebelahan Surau tersebut








17 Jun 2017

MPP9 telah turut sama menyumbang kearah program bersama dengan staff serta ahli jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sungai Besi. Majlis berbuka puasa dan sumbangan Hari Raya kepada kanak-kanak anak kakitangan yang hadir. 









12 Jun 2017    Isnin     10 Malam
Program Sumbangan Ramadhan bersama Surau Assobirin
PPR Raya Permai
Turut sama menyumbang kearah Program Nur Ramadhan di Surau tersebut. Meraikan dalam Majlis Moreh selepas Solat Tarawikh dengan memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik menjelang Hari Raya





10 Jun 2017    Sabtu     2-5petang
Bersama dengan komuniti di Kg Malaysa Raya menyedia dan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada semua yang melalui jalan utama sejumlah 300 bekal Bubur telah diedarkan sebagai tanda ingatan MPP9 kepada Komuniti setempat.









10 Jun 2017    Sabtu      7petang
Majlis Iftar Ramadhan di Kg Malaysia Raya
Bersama penduduk di majlis berbuka puasa yang diadakan di Madrasah al-ihsaniah Kg Malaysia Kg M'sia Raya 

No comments:

Post a Comment