Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Salwanah bt. Talib


Beliau adalah anak keempat dari tujuh adik beradik.  Dilahirkan pada 7 julai 1972  di Kuala Trengganu dan  mengikut keluarga  berpindah ke Kg Malaysia Tambahan  Kuala Lumpur ketika berusia  2 tahun..  Beliau mendapat pendidikan awal disekolah kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sg Besi K.Lumpur.  kemudian ke sekolah Menengah Sri  Sentosa Kuchai Lama sehingga  ke tingkatan 3  dan berminat melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan Negeri Sembilan dalam bidang Pengurusan Perniagaan.  Seterusnya melanjutkan pelajaran ketingkatan enam disekolah Menengah Sri Sentosa semula.
Beliau pernah menjadi guru sandaran di S.M Sri Sentosa selama  lima tahun  dan dalam tempoh itu juga membuka kelas tuisyen dirumah khas untuk  anak-anak disekitar kg Malaysia Tambahan.

Beliau seorang ibu tunggal yang tabah dalam  membesarkan   3 cahaya mata dan kini  giat menjalankan perniagaan sendiri di Terminal Bersepadu Selatan(TBS) walaupun agak sibuk  dengan uruasan harian,  beliau tidak ketinggalan menyertai kumpulan marhaban & nasyid Assakinah Kg Malaysia Tambahan. .

Beliau kini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik. Beliau  memegang beberapa jawatan diperingkat komuniti dan daerah.  Antara jawatannya ialah setiausaha  pasukan mediator Komuniti daerah Cheras. AJK majlis perwakilan Penduduk Bandar Zon 9 BTR, Pengerusi JiranWanita Kg msia Tambahan,Pengerusi Amanita  cwangan Kampung  Malaysia Tambahan,   Bendahari koperasi kg Malaysia berhad,AJK persatuan ibubapa (PIBG) Sekolah  kebangsaan Salak south,  ,Ajk persatuan ibubapa(PIBG) Sekolah Agama Zamakhsyari kg Malaysia Tambahan dan  AJK UMNO Cawangan Kg Malaysia Tambahan.   

Beliau  amat mudah mesra dan berfikiran terbuka,ringan tulang  dengan penduduk setempat dan sering melontarkan idea-idea baru bagi kemajuan komuniti  Semoga daya usaha beliau mendapat respon yang baik oleh masyarakat  dan diharapkan agar beliau terus maju  dalam apa jua yang diceburi.

Nama : Salwanah Kalsom Bte Abu Seman @ Talib
Alamat : lot 98 Jalan 21/141 Kg Malaysia Tambahan Sg Besi K.Lumpur
No I/C : 720707115318
No h/p  : 013 3411560

Email : salwanahtalib@yahoo.com 






No comments:

Post a Comment