Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Aktiviti bergambar Februari 2018





24 Feb 2018
Sambutan Perayaan Ponggal Masyarakat india di PPR Raya Permai

Bersama dalam majlis sambutan ponggal dengan masyarakat India di Ppr Raya Permai. Meraikan kepelbagaian dalam dalam komuniti saya tempat. Majlis Perwakilan penduduk sub zon 9 sentiasa menerima dan menyokong penuh sebarang bentuk sambutan di peringkat Komuniti daripada berbagai kaum yang ada. Terima kasih Uncle Joseph selaku pengerusi Persatuan warga emas PPR raya Permai yang berjaya mengadakan majlis tersebut








24 Feb 2018
Perasmian Program Khas Wanita "Keterampilan Wanita"

Merasmikan program khas keterampilan wanita dan sumbangan kepada ibu tunggal anjuran jiran wanita Pangsapuri Permai. Syabas dan tahniah di atas kerjasama baik di antara Persatuan penduduk yang dipimpin oleh Tuan Hj Suriadi Mohamed dan KRT yang di pimpin oleh saudara Zamri dan Helvera Susanti selaku Pengerusi Jiran Wanitanya. Demi kepentingan majoriti komuniti setempat, MPP9 akan sentiasa memberikan sokongan




23 Feb. 2018
Menghadiri Mesyuarat di Cure and Care Clicnic Sg Besi

Telah turut sama menghadiri Mesyuarat Lembaga Pelawat Klinik Cure and Care Sungai Besi. Turut hadir mesyuarat kali ini adalah Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Dato Abd Halim Hussin yang banyak memberi pencerahan mengenai hala tuju C&C seterusnya. Pengerusi MPP9 telah dijemput untuk bersama dalam membincangkan kegiatan dipusat Pemulihan tersebut







19 Feb 2018
Menaikkan Signboard MPP Sub Zon 9

Memantau kerja-kerja pemasangan papan tanda yang baru bagi menggantikan yang lama yang telah dipasang sejak empat tahun yang lalu bagi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 9 Bandar Tun Razak.
Pejabat MPP9 ini berpusat di Kampung Malaysia Raya dan telah banyak Membantu dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat sekitarnya.

Terima kasih kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan pemimpin setempat Datuk Rizalman Mokhtar kerana telah melanjutkan tempoh pegangan jawatan selama setahun lagi Bagi semua yang telah dipilih sebelum ini.














No comments:

Post a Comment