Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Aktiviti bergambar Ogos 2016


30 Ogos 2016


Pangsapuri Sri Malaysia mengadakan 
sessi santai Makan BBQ 
anjuran  Peronda SRS dan AJK KRT 
di malam kemerdekaan dengan kerjasama MPP Sub Zon 9, BTR. 





30 Ogos 2016

Menghadiri Program Kemerdekaan anjuran KRT Kg Malaysia Tambahan, NGO setempat dengan kerjasama MPP Sub Zon 9, BTR. Pelbagai acara yang dipertandingkan 




30 Ogos 2016

Merasmikan Program Diambang Kemerdekaan ke 59. Anjuran MPP Sub Zon 9 BTR dengan kerjasama NGO di Pangsapuri PermaiBerbagai acara dipertandingkan dan mendapat sambutan baik anggota Komuniti dari berbilang kaum. 





20 Ogos 2016

Menghadiri jemputan Program Gotong Royong Blue Print Fasa 2, anjuran DBKL dan MPP Sub Zon 7, BTR di Kompleks Sukan Desa Tasik 
dirasmikan oleh Datuk Rizalman bin Dato’ Mokhtar. 




18 Ogos 2016

Rakaman Interview Khas Pengerusi MPP Sub Zon 9 dengan pihak RTM mengenai isu Perumahan Warga Kota khususnya di Perumahan PPR dari Perspektif Pemimpin Majlis Perwakilan Penduduk yg diujudkan






11 Ogos 2016

Program Perasmian pembukaan Jalan menghubungkan dua bahagian Bukit Jalil. MPP Bandar Tun Razak khasnya Sub Zon 9 turut sama dalam Majlis Ringkas tersebut. Sub Zon 9 diwakili oleh En Sivalinggam dan Puan Chang yoke Leng







7 Ogos 2016

Merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya PERKEB/TBS, Pers. Pemandu Teksi TBS dan menyampaikan sumbangan Duit Raya serta Sumbangan kpd waris ahli yang telah meninggal dunia baru baru ini. Terima kasih En Shuhaimi Shamsudin diatas penganjuran dan jemputan.






6 Ogos 2016

Menghadiri jemputan Sambutan Majlis Raya anjuran bersama Persatuan Penduduk 
dan NGO setempat di PPR Raya Permai. Perasmian sepatutnya adalah 
Datuk Bandar Kuala Lumpur tapi telah diganti oleh YBhg Datuk Rizalman Mokhtar. 
Turut hadir pimpinan dalam Komuniti Bandar Tun Razak.
 Diantara aktiviti adalah Sessi penerangan LA21 dan Pembinaan Parking telah diadakan.








6 Ogos 2016

Lawatan dan memantau kerja Kontraktor Pembinaan Klinik 1Malaysia 
yang sedang giat dilakukan di PPR Raya Permai.







5 Ogos 2016

Perjumpan khas MPP Sub Zon 9 dan wakil beberapa Komuniti sekeliling Kolam Takungan Banjir sebelah TBS dengan Pengarah JPS WPKL. Isu yang menyelubungi penduduk yang telah lama diketengahkan kini telah ada sedikit pencerahan.







3 Ogos 2016

Menyuarat Penyelarasan Program FESTIVAL NASYID CERIA WPKL. MPP Bandar Tun Razak akan membantu dalam penganjurannya dimana 16 Kumpulan Nasyid akan bersaing di 4 Venue yg telah ditetapkan






1 Ogos 2016

Menghadiri jemputan Majlis Hari Raya anjuran DBKL, PEMADAM dan MPP Sub Zon 7 Bandar Tun Razak di Kompleks Sukan Bandar Tasek Selatan. Turut menerima Bendera Malaysia utk Kempen Kibar Jalur Gemilang untuk Kemerdekaan









No comments:

Post a Comment