Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Khairul Salleh b. Hasan

     

Beliau adalah anak ketiga dari 5 orang adik beradik dan telah dilahirkan di Gurun, Kedah pada tanggal 5 hb Februari 1967. Semasa Berumur 3 tahun telah mengikut keluarga berpindah ke Temerloh Pahang dimana beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang , Lanchang, Pahang.

Ketika berumur 13 tahun, beliau telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh iaitu yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Pahang pada ketika itu, dan sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Berasrama Penuh Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan , Pahang.

Setelah tamat tingkatan 5 beliau telahpun menyambung pelajaran ke UTM dan setelah itu menyambung lagi pelajaran ke peringkat sarjana di Pusat Pengajian Tinggi Swasta yang mengadakan Twining Programme dengan Oxford University, U.K di dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Beliau adalah Seorang Juruperunding Pengurusan dan Kewangan Bebas. Telahpun berkahwin dan  mempunyai 2 orang anak. Seorang aktivis Masyarakat setempat dan memegang banyak jawatan diperingkat komuniti tempat beliau tinggal yang diantara lainnya adalah seperti berikut:

1.     Pengerusi Pasukan Mediator Komuniti Daerah Cheras
2.     Ketua Kordinator Pusat Khidmat Mediator Komuniti WPKL
3.     Setiausaha Majlis Perwakilan Penduduk Bandar Zon 9 BTR
4.     Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya
5.     Setiausaha Kerja Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya.
6.     Setiausaha Komuniti 1 Malaysia dibawah Jab. Penerangan,
7.     Setiausaha Gerakan Daya Wawasan dibawah Kem. Luar Bandar

Beliau juga adalah seorang Mediator Komuniti terlatih dibawah Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menerima tauliah atau watikah dari YBhg Tan Sri Koh Tsu Koon dan telah memenangi Anugerah Mediator Komuniti Terbaik Wilayah Persekutuan Tahun 2012. Beliau juga adalah merupakan seorang tenaga pengajar jemputan di INFRA (Institut Penbangunan Desa) di Bangi dalam melatih Pemimpin Masyarakat Luar Bandar seperti Ketua Kampung, JKKKK serta Penghulu dalam Program Pembangunan Kampung Luar Bandar dikementerian berkenaan.

Dalam Pembangunan Belia, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Alumni Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Cheras. Terlibat dalam berbagai aktiviti pembangunan Belia tempatan mahu pun antarabangsa . Salah seorang tenaga Motivasi terlatih yang sering juga mendapat undangan diperingkat kementerian Belia. Telah beberapa kali mewakili Malaysia dalam  Lawatan dan Persidangan Antarabangsa mengenai Belia.

Sebagai seorang aktivis dan penggerak masyarakat beliau amat disenangi ramai dan mudah untuk berurusan terutamanya melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan. Semoga segala daya usaha beliau sentiasa mendapat respond yang baik oleh masyarakat dan diharapkan agar beliau terus maju dan sentiasa bersemangat.


NAMA :         KHAIRUL SALLEH BIN HASAN
ALAMAT:     LOT 30A, JALAN PAUH PASIR
                        KG. MALAYSIA RAYA
                        SUNGAI BESI, 57100 K.L
NO. I/C:        670205-02-5029
NO H/P:       013 390 9003


EMAIL:         salleh_hasan@yahoo.com










No comments:

Post a Comment