Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Chang Yoke Leng


Anak kesepuluh dari 11 adik beradik dan telah dibesarkan 44 tahun yang lalu di Kampar, Perak selama 16 tahun and Kuala Lumpur selama 28 tahun. Seorang Pengurus Syarikat, mempunyai 2 orang anak bersama suami. Beliau mendapat pendidikkan sehingga ke Tingkatan 6 di SMK Amminuddin Baki Kuala Lumpur dan Diploma in Computer Science. Seorang aktivis masyarakat setempat dan memegang sedikit jawatan diperingkat komuniti.
Ini termasuklah Pengerusi Badan Pengurusan Bersama PPR Raya Permai,Pengerusi Kelab Kebajikan Warga Emas Permai KL, Ketua Ajk Penita ,AJK Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan dan Ahli bagi Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia.


April 2014, beliau telah dilantik Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk peringkat Sub Zon 9, Parlimen Bandar Tun Razak. Jawatankuasa yang diujudkan oleh Kem. Wilayah bersama DBKL bagi menerima maklum balas akar umbi pengenai prestasi serta keperluan rakyat dalam pembangunan serta kesejahteraan penduduk Bandar. Wilayah. Semoga beliau sentiasa terus maju dengan minat dan semangat kesukarelawan yang membara dan didoakan agar beliau sentiasa sihat.

No comments:

Post a Comment