Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Mohd Zainuddin Haji Amran

Anak pertama dari 4 adik beradik dan telah dibesarkan 52 tahun yang lalu di Kg Malaysia Raya , Sungai Besi. Seorang Pengarah Syarikat, mempunyai 6 orang anak bersama 2 Isteri. Beliau mendapat pendidikkan tertinggi sehingga ke peringkat Ijazah di University of Keele, UK dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Seorang aktivis masyarakat setempat dan memegang banyak jawatan diperingkat komuniti. 

Ini termasuklah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga dibawah Jab. Perpaduan & Integrasi Nasional tempat beliau tinggal sekarang ini disamping Pengerusi Persatuan Penduduk dan Penaung kepada Madrasah Al-Isaniah Kg Malaysia Raya. Dengan agensi kerajaan pula, beliau adalah Pengerusi Komuniti 1 Malaysia dibawah Jab. Penerangan, , Pengerusi Gerakan Daya Wawasan dibawah Kem. Luar Bandar & Pembangunan Wilayah. Salah seorang tenaga pengajar jemputan di INFRA (Institut Penbangunan Desa) di Bangi. Diperingkat Parlimen atau Daerah pula, beliau adalah Pengerusi Panel Klinik Sg Besi dibawah Kem. Kesihatan, Pengerusi Jawakuasa Pemulihan Dadah Daerah Cheras dibawah AADK, Kem. Dalam Negeri. 

Beliau adalah salah seorang AJK Penyelaras diperingkat Daerah Cheras dimana KRT beliau berada. Dalam Pembangunan Belia, beliau adalah Timbalan Presiden Alumni Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Cheras sejak 2001. Terlibat dalam berbagai aktiviti pembangunan Belia tempatan mahu pun antarabangsa . Salah seorang tenaga Motivasi terlatih yang sering juga mendapat undangan diperingkat kementerian Belia. Telah beberapa kali mewakili Malaysia dalam Lawatan dan Persidangan Antarabangsa mengenai Belia. 

April 2014, beliau telah dilantik untuk mempengerusikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk peringkat Sub Zon 9, Parlimen Bandar Tun Razak. Jawatankuasa yang diujudkan oleh Kem. Wilayah bersama DBKL bagi menerima maklum balas akar umbi pengenai prestasi serta keperluan rakyat dalam pembangunan serta kesejahteraan penduduk Bandar. Sebagai pengiktirafan beliau terhadap kegiatan masyarakat yang beliau ceburi, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Ahli Mangku Wilayah Persekutuan (AMW) semasa majlis pertama ianya diadakan diperingkat Wilayah Persekutuan oleh DYMM Dipertuan Agung pada tahun 2009 sempena Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semoga beliau sentiasa terus maju dengan minat dan semangat kesukarelawan yang membara dan didoakan agar beliau sentiasa sihat dan dirahmati Allah sentiasa.










No comments:

Post a Comment