Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Aktiviti bergambar Januari 2018







30 Jan 2018
Perjumpaan Perkumpulan Amanah Ikhtiar Malaysia

Terima kasih Perkumpulan wanita di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menjemput saya untuk majlis Hi tea bersama akan perkumpulan dibawah Saliza. Perjumpaan awal tahun 2018 bagi menggambarkan komitmen dan semangat jatidiri berpasukan. MPP9 sentiasa menyokong usaha bagi memajukan diri khususnya dalam bidang perniagaan yang puan semua ceburi —D Junction Cafe Lake Field.








27 Jan 2018
Merasmikan mesyuarat penubuhan jawatankuasa pengurusan Tabika Perpaduan Kampung Malaysia Raya daerah Cheras







24 Jan 2018
Mesyuarat Pertama MPP Zon Bandar Tun Razak..Mendapat pengesahan akan lanjutan pemegang jawatan bagi semua peringkat ..Syabas kepada semua ahli jawatankuasa majlis Perwakilan penduduk Bandar Tun Razak yang telah di sambung tempoh memegang jawatan sehingga akhir tahun 2018









21 Jan 2018
Turut bersama Datuk Rizalman dan Jabatan Penerangan dalam menyambut Konvoi Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah di Masjid Syed Thabit bersebelahan TBS









17 Jan. 2018
Membuat lawatan tapak ke kawasan Benting lebuhraya Besraya di kawasan pelebaran jalan masuk ke Kampung Malaysia Kpg M'sia Tambahan
Rungutan penduduk yang risau akan keadaan benteng yang belum disiapkan. Pihak pemaju telah memberikan komitmen untuk menyiapkannya secepat mungkin dan memastikan tidak ada runtuhan tanah yang memasuki kawasan penduduk.
MPP Sub Zon 9 akan sentiasa memantau dan memastikan ianya didirikan mengikut spesifikasi yang dibenarkan.






16 Jan 2018

Membuat lawatan dan perbincangan mengenai kerja-kerja pemindahan ibusawat TM Net bagi kemudahan Unifi dalam komuniti ke tapak baru yang dicadangkan. Ibusawat lama di depan pejabat Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 9 akan ditutup bagi memudahkan laluan Komuniti untuk berurusan di pejabat tersebut.








12 Jan 2018

Bersama dengan komuniti Kampung Malaysia Tambahan dalam program taklimat kesihatan bulanan yang mengutarakan isu pemakanan sihat di kalangan warga emas.


Anjuran bersama majlis Perwakilan Penduduk MPP9, Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk serta penglibatan Penal Penasihat Klinik Kesihatan Sungai Besi dalam mengaturkan Penceramah, Bahan Pameran serta pemeriksaan kesihatan.. Promosi Kesihatan Cheras







6 Januari 2018


Bersama dalam Majlis kKhas Ahli ArRahnu YaPeim (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) di Dewan Kamara. Menghargai komitmen serta mengadakan sesi Promosi Penjualan Kepingan Emas untuk simpanan masa depan. Tahniah kepada semua yang telah berjaya dan yang menerima cabutan bertuah hari ini semoga pendedahan yang diperolehi dapat dimanfaatkan.



No comments:

Post a Comment