Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Aktiviti bergambar September 2017









28 Sept 2017

MPP9 dijemput untuk bersama dalam majlis khas anjuran Masjid Ibnu Khaldun Pekan Sungai Besi sempena malam Jumaat yang penuh Barakah . Majlis disempurnakan oleh YBhg Datuk Rizalman Dato’ Mokhtar . Turut bersama Berjemaah & Bacaan Yassin Anjuran Kemas Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak 





27 Sept 2017

Menghadiri Mesyuarat khas dengan Jabatan Penerangan JaPen Wpkl mengenai program khas Bakti siswa dalam komuniti selama tiga hari yang bakal berkampung di Komuniti Kampung Malaysia Kg M'sia Rayapada 6 hingga 8 Oktober 2017. Seramai 60 pelajar IPTA akan berada dengan keluarga angkat masing-masing untuk program 3 hari 2 malam tersebut







23 Sept 2017
Program Wanita MPP9
Bengkel Keterampilan Pesonaliti



Terima kasih kpd Datuk Chew Yin Keen pgerusi yayasan pendidikan BTR dn puan Wan Zumaiza Mustapha PPD cheras JPNINWPKL sudi hadir merasmikan dan myampaikan sijil2 kpd peserta Bengkel Serlahlah Personaliti


Terima kasih jg kpd ajk MPPZ9 BTR Khairul Salleh Hasan Jimm Chang, ahli2 pers. Ibu tunggal teratai sg besi, ajk dn ahli2 Jiranita Kmt dan jiranwanita kamara, kawan2 zumba yg turut sama myertai bengkel ini


Semoga bengkel dn kursus2 bkaitan wanita spt ini akan terus dpt dilaksanakan khususnya di komuniti MPPZ9BTR








21 SEPT 2017 JAM 5.30 PETANG
MESYUARAT JAWATANKUASA MPPWP ZON 
BDR TUN RAZAK BIL 04/2017















19 Sept. 2017
Lawatan Tapak ke Jalan Pintas Desa Petaling / Kg Msia Tambahan

Pagi ini membuat tinjauan dan mendengar taklimat daripada kontraktor Jalan Pintas Kampung Malaysia Tambahan ke Desa Petaling yang sudah hampir 90% siap. Beberapa rungutan penduduk juga telah diambil maklum untuk diperbaiki agar Jalan Pintas ini siap mengikut seperti mana yang telah dipersetujui oleh penduduk. 




Lagi 50% sambungan Jalan hingga ke Lebuhraya Besraya akan diuruskan oleh kontraktor pemaju yang terlibat dengan membangunkan projek perumahan di kawasan tersebut. 













18 Sept. 2017
Bersama Pelancaran Rumah Mampu milik

Turut hadir dalam majlis penyerahan kunci bagi perumahan PPR Seri Aman Jinjang dalam Parlimen Kepong petang ini. Satu inisiatif yang menawarkan perumahan mudah milik bagi golongan yang layak oleh kerajaan yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri. Semua Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan telah dijemput bersama dalam Majlis Pelancaran ini..







15 Sept 2017
Bersama Alam Flora dalam Pelan Transformasi Kebersihan
dalam Komuniti

Terima kasih atas kesudian pihak atasan Alam Flora yang terdiri daripada En. Darwish, En. Sukor & semua Penilai2 Exco Alam Flora & lain2 serta swcorp en.zaki dan wakil Persatuan Penduduk Kg Malaysia Kg M'sia Raya atas kesudian menilai kawasan Tranformasi Area Fasa 1, 

Tidak ketinggalan Terima kasih juga saya ucapkan kepada En.Keong, En.Faizal., En. Azri, En.Faris & All Team & kontraktor di kawasan Transfomasi dalam Komuniti kami








15 Sept. 2017
Menghadiri Sessi TN50 bersama TPM



Terima kasih YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri., Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah menjemput saya secara Spontan memberikan pandangan dalam Sessi Aspirasi TN50 Anjuran KDN di Pulapol pagi tadi..


Sebagai aktivis Masyarakat saya tetap merasakan gejala Penyalahgunaan Dadah yang merupakan musuh utama negara perlu ditangani secara proaktif serta "Political Will" yang jitu menjelang 2050 












14 Sept 2017
Mengiringi Juri Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan kali ke 60
yang menilai Pintu Gerbang Kg Malaysia Raya

Terima kasih kepada semua yang telah bersama membantu dan turut hadir pada petang ini sewaktu kehadiran 5 orang juri peringkat kebangsaan untuk pertandingan keceriaan pintu gerbang sempena kemerdekaan Negara kali ke 60

Kampung Malaysia Raya adalah wakil tunggal mewakili Wilayah Persekutuan bersaing dengan 14 negeri yang lain







12 Set. 2017
Membuat penilaian serta membangkitkan beberapa isu
Penduduk dengan Alam Flora dalam Sub Zon 9

Terima kasih pihak Alam Flora yang telah memberikan penerangan mengenai pelaksanaan program transformasi Alam Flora bersama komuniti. Kerjasama sedemikian amat penting bagi merapatkan hubungan antara penduduk dan pihak yang bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekeliling. Kawasan Kampung Malaysia Raya Kg M'sia Raya akan dilakukan oleh oleh pihak atasan Alam Flora bagi memastikan pelaksanaan transformasi ini menjadi kenyataan. Beberapa isu setempat juga telah dibangkitkan dalam pertemuan ini







12 Sept. 2017
Lawatan Tapak ke Kawasan Penjaja yang terjejas pembangunan Lebuhraya SUKE di Pangsapuri Permai

Pagi ini juga kami turut hadir dalam sesi perbincangan dan taklimat bagi memindahkan sebilangan kecil berniaga di Jalan Landai Permai berhampiran Apartment Permai di Sg Besi

Mpp 9 telah dijemput untuk bersama bagi memastikan proses pembinaan Lebuhraya SUKE boleh dimulakan dalam masa terdekat dengan keputusan untuk memindahkan 12 Peniaga yang terlibat ke kawasan yang telah dikenal pasti









11 Sept. 2017
Lawatan Tapak ke Projek Susur Masuk keTapak Projek
Trinity di Kawasan berhampiran Kg Malaysia Tambahan


Tengah hari ini saya telah diberi penerangan oleh saudara Khairul Azizi bagi pihak kontraktor pembinaan jalan masuk ke projek kondo Aqua Trinity di jalan masuk utama Kampung Malaysia Kpg M'sia Tambahan

Jalan utama ini akan dibesarkan bagi membolehkan laluan khas disediakan oleh mereka untuk ke kondo serta jalan pintas Desa Petaling yang sedang dibina sekarang ini. Ada beberapa isu berbangkit dan ianya boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat dengan persetujuan beberapa pihak yang berkaitan.







11 Setp. 2017
Bersama dengan Tabika KEMAS Kg Malaysia tambahan
Sempena Sambutan Kemerdekaan

Pagi ini bersama dengan Tabika Kemas peringkat Wilayah Persekutuan menganjurkan program sambutan kemerdekaan.

Melibatkan seluruh Tabika Kemas dan didahului perarakan kemerdekaan oleh Yang Berbahagia Datuk Rizalman Mokhtar. Program diadakan di Kampung Malaysia Tambahan yang telah dipilih selaku tuan rumah bagi sambutan kali ini







8 Sept 2017
Taklimat Pendidikan dan Saksiah Murid oleh
Kem. Pendidikan dan DBKL



Pagi ini hadir bersama rakan Majlis Perwakilan Penduduk WPKL ke Sessi Khas membincangkan isu Saksiah dikalangan Murid Sekolah peringkat Negeri. Turut sama ada Pengetua Sekolah berkaitan. Berbagai perkara dibangkitkan dalam menangani isu sosial yang boleh mengancam Sekolah dan murid murid..







5 Sept 2017
Bersama dalam Sambutan Konvoi Kemerdekaan 
Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak

Bersama Pimpinan MPP dan NGO dalam Bandar Tun Razak menerima Konvoi Jab. Penerangan di Kawasan Sri Johor. Datuk Rizalman bersama meluangkan masa dalam Majlis yang diadakan itu.




3 Sept 2017
Program Qurban Perdana Bandar Tun Razak
di PPR Raya Permai

sebanyak 25 ekor Lembu telah diQurbankan dan dagingnya telah diagihkan kpd semua Komuniti dan Penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment