Bas Sekolah Percuma buat Warga PPR

Monday 21 April 2014

Pelancaran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP)

Ikuti FB YB Menteri Wilayah Persekutuan


YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melancarkan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dan Pelantikan Ahli-Ahli MPPWP Kuala Lumpur dan Putrajaya di PICC kelmarin (20 April 2014)

Untuk makluman, selepas pilihanraya umum ke-13, MPKB telah diberi nama baru iaitu Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan iaitu bersesuaian dengan fungsi Kementerian yang baru. MPPWP ini mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik dan terancang dengan harapan komuniti diberi pengupayaan (empowerment) untuk memimpin dan mentadbir kelompok komuniti sendiri. Ini kerana komuniti setempat adalah lebih memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh komuniti berkenaan. Manakala Kementerian akan berperanan menyelaras serta menjadi pemudahcara kepada pengurusan MPP.

Penubuhan MPPWP ini secara khususnya mempunyai objektif tertentu untuk dicapai. Antara objektif utama penubuhan MPPWP adalah bagi memastikan semua aktiviti modal insan dan kemasyarakatan sampai ke peringkat akar umbi, memastikan isu-isu perbandaran dapat disalurkan kepada kerajaan untuk ditangani dengan cepat dan untuk menggalakkan penyertaan awam dan penduduk setempat dalam pembangunan Wilayah Persekutuan.

MPPWP merupakan antara agenda penting Kerajaan untuk menyatu padukan penduduk supaya bersatu dan saling bekerjasama menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Seterusnya masyarakat akan lebih memahami hasrat dan kehendak Kerajaan dalam pembangunan negara dan secara tidak langsung, masyarakat akan menyokong agenda yang dibawa oleh Kerajaan terutama di Wilayah Persekutuan.

Sebagai makluman bersama, keseluruhan MPPWP adalah terdiri daripada 68 Sub Zon iaitu dengan pecahan 11 Sub Zon di WP Putrajaya dan 57 Sub Zon di WP KL. Daripada semua sub zon tersebut 165 orang adalah mewakili MPPWP Putrajaya dan 855 orang mewakili MPPWP KL. Jumlah keseluruhan ahli MPPWP adalah seramai 1020 orang.


No comments:

Post a Comment